Kek yang simple sesuai untuk birthday dan byk lg.Resepi kek span optima kredit to sis Suhairi
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Durian Slice Cake
Kek yang simple sesuai untuk birthday dan byk lg.Resepi kek span optima kredit to sis Suhairi
BAHAN-BAHAN
- KEK SPAN 8″
- 250g tepung optima @ sponge mix
- 4 biji telur gred A
- 50g susu segar
- 80g butter~dicairkan
- DURIAN INTI:
- 300g isi durian~diblend hingga halus guna food processor ya
- 300g fresh cream~dipukul hingga soft peak
- *ambil 80g fresh cream yg sudah dipukul tadi & campur dg isi durian
- *inti durian yg sudah bercampur dg fresh cream tadi ketepikan 100g untuk topping
CARA PENYEDIAAN
- Menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi.Pukul tepung,telur dan susu selama 10 minit atau sehingga kembang dan pekat.
- Tambahkan butter cair.Pukul dengan kelajuan perlahan ,cukup sehingga sebati dan rata sahaja (jika guna hand mixer sebaiknya masa tuang minyak cukup guna spatula sahaja dan kaup balik hingga sebati)
- Tuang ke dalam Loyang yg telah digris dan dilapik dg kertas minyak.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan dengan suhu 170c selama 35 minit.
Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai. - Potong kek kepada dua bahagian dan buangkan kerak2 pada tepi dan atas kek span.
- Letak satu kek atas papan kek,kemudian letak inti durian.Tutup lagi dengan satu lapis kek.Last sekali lepa atas dan tepi kek dengan fresh cream.
- Sentuhan terakhir hiasan kuning tepi kek.50g decogel + 1/4 tsp esen durian + sedikit pewarna kuning.Kacau rata bahan ini kemudian masukkan dlm piping bag,gunting sikit hujung kemudian paipkan ke tepi kek bentuk huruf n.
- Simpan kek dalam peti sejuk selama lebih kurang 5 jam.Keluarkan,potong sesuai dg saiz yg anda inginkan.Kemudian paipkan topping durian tadi (yg 100g tu) guna nozel star.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.