Donut Sira Sambal

resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer…insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut Sira Sambal

resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer…insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan² untuk donat:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb margerin
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb gula halus
  • 1 sb bread softener
  • 1 st bread improver
  • 2 st yis
  • 125 ml air suam
  • Bahan² untuk sira:
  • segenggam cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sudu makan cuka
CARA PENYEDIAAN
  • Cara² untuk donut
  • Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
  • Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.
  • Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.
  • sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.
  • toskan dan biarkan sejuk sebentar.
  • cara2 untuk sambal
  • Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.
  • Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
  • Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
  • Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
  • matikan api n sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago