Donut Pesona

Donut lembut, boleh disejukbeku dan kurang berminyak. Boleh berniaga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut Pesona

Donut lembut, boleh disejukbeku dan kurang berminyak. Boleh berniaga.

BAHAN-BAHAN

  • 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 2 SUDU BESAR GULA
  • 11 GRAM (1 PAKET KECIL) YIS
  • 2 SUDU BESAR AIR
  • 3/4 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 BIJI TELUR
  • 3 SUDU BESAR MAGERIN/MENTEGA
  • 1/2 SUDU KECIL GARAM
  • 1 TITIK ESEN VANILA (JIKA MAHU)
  • 1 TITIK ESEN ROS (JIKA MAHU)
  • 1 1/4 SUDU TEH PELEMBUT BIO BOSTAN (http://www.resepiniaga.com)
CARA PENYEDIAAN
  • Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  • Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  • Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  • Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
  • Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
  • Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  • Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  • Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
  • Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  • Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago