Kegemaran anak-anak saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut kentang

Kegemaran anak-anak saya.

BAHAN-BAHAN

  • 200 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 1/2 camca besar yis kering
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 camca teh dough softener
  • 1 camca besar susu pekat manis
  • 1 1/2 camca besar shortening
  • 1/2 biji telur
  • 3 camca besar kentang lecek
  • 1/2 camca besar minyak jagung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • secubit garam
  • 1/4 cawan air sejuk
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
  • Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
  • Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
  • Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit (doh memang melekit ,tak perlu tambah tepung).Rehatkan doh 1/2 jam.
  • Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
  • Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN