Donut Ala Dunkin Donat

Macam Dunkin Donut :DD

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut Ala Dunkin Donat

Macam Dunkin Donut :DD

BAHAN-BAHAN

  • *Sila guna penyukat metrik ye! :D
  • 1/2 cawan – Susu Segar.
  • 7 gram – Instant Yeast (Mauripan)
  • 1/4 cawan – Majerin Planta
  • 1 cawan – air kosong
  • 5 cawan – tepung High Protein (diayak)
  • 1 sudu kecil – garam
  • Secubit – Serbuk kayu manis
  • 1/2 cawan – Gula
  • 2 biji – Telur Gred A
  • *Sila standby tepung gandum lebih sikit sekiranya doh terlalu lembik :DD
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan majerin + gula + susu dan air. Api kecil saje. Kemudian tutup api dan biarkan suam2.
  • Dalam mangkuk adunan, campur tepung , garam dan serbuk kayu manis. Gaul sebati. Kemudian masukkan telur.
  • Masukkan ibu roti ke dalam susu mentega yang suam tadi. Kacaukan. Pastikan susu mentega suam2 kuku. Jgn panas sangat. Takut yeast mati.
  • Masukkan campuran yeast dan susu tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Uli
  • Jika doh melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum untuk standby tadi. Sehingga doh lembap dan tidak melekat pada tangan. (Maaf ye, ambil masa sikit)
  • Apabila adunan sudah sebati, perap dalam mangkuk yang disapu majerin. Tutup dengan plastic wrap atau tuala lembap sehingga 2 kali ganda besar.
  • Setelah itu, tumbuk dan uli sekali lagi. Ambil adunan sikit dan canai setebal lebih kurang 1.5 cm atau ikut suka anda.
  • Terap dengan acuan donat. Atau kalau nak terap pakai tupperware plastik bulat pun boleh. Tengah tu boleh guna penutup botol atau dilubangkan.
  • Biarkan donut naik 2 x ganda. Bila dah naik, sedia untuk digoreng.
  • Masa nak goreng tu, api jgn kuat sangat. Api kecil saje dan cukup panas masa nak goreng. sebab nanti hitam legam plak donatnye. Goreng sehingga warna keemasan.
  • Kalau nak wat sejuk beku, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit, terus angkat dari kuali) dan simpan kat dalam bekas. masuk dalm peti sejuk.
  • Lepastu, boleh salut dengan gula caster atau gula aising. Kalau nak lebih enak, salut coklat dan tabur kacang. Ikut selera anda. Selamat mencuba!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago