Hidangan petang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donat Pulut Hitam

Hidangan petang

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 350gm tepung high protein
  • 50gm tepung pulut hitam / 50gm pulut hitam direndam dan dikisar halus
  • 100gm ubi kentang dikukus dan dilecek halus
  • 15gm susu tepung
  • 1 1/2 sudu teh yis mauripan
  • 50gm gula kastor
  • Bahan B
  • 1 biji telur
  • 145ml air sejuk
  • 30gm majerin
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Sebatikan bahan A. Kacau rata.
  • Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan majerin dan garam, uli sehingga doh menjadi elastik. seeloknnya guna pengisar besar yang mempunyai hook. Biarkan doh rehat selama 15minit, tutup dengan plastik.
  • Kemudian ambil doh dan uli dengan tangan, timbang seberat 30gm setiap satu dan bulatkan doh tadi. Biarkan selama 10minit lagi.
  • Kempiskan doh dan terap dengan acuan donat atau biarkan bulat. Letakkan diatas loyang yang telah ditabur dengan sedikit tepung. rehatkan doh selama 30minit lagi hingga kembang.
  • Goreng dengan minyak penuh sehingga kekuningan.
  • Setelah semua siap, hiaskan dengan coklat masakan putih dan hitam atau boleh juga ditabur dengan gula halus.
  • Sedap dimakan panas-panas, jika sejuk panaskan dlm microware oven..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN