Donat Krim Keju

Resepi donat dari seorg kawan.Cream cheese pula modified dari resepi clair keju (Majalah Rasa)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donat Krim Keju

Resepi donat dari seorg kawan.Cream cheese pula modified dari resepi clair keju (Majalah Rasa)

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 mug penuh air suam
  • 1 bungkus yis Mauripan (11 g)
  • 3 biji telur saiz besar
  • 3 sudu besar gula
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 4 sudu besar mentega
  • (Kalau nak buat 1/2 kg tpg saja, separuhkan semua bahan)
  • Bahan Cream Cheese
  • 250 gm cream cheese(biasa I guna Tartura)
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1/4 sudu besar jus lemon (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Bancuh yis dgn air suam, gula dan susu tepung dalam mangkuk pengadun. Kacau.
  • Pecahkan telur dlm sebuah mangkuk dan kepuk perlahan-lahan.Kemudian masukkan dlm bancuhan yis tadi dan diikuti dengan mentega. Kacau.
  • Masukkan tpg sedikit demi sedikit. Gaul sekata.Tinggalkan segengam dua tepung untuk mencanai nanti.Agak2 adunan lembut,jgn keras kalau tak donat jadi keras dan lambat naik.
  • Uli sehingga tak melekat di tangan dan licin.
  • Biarkan doh naik dua kali ganda (1/2 jam)
  • Uli semula dan tumbuk-tumbuk.Biarkan 1/2 jam lagi.
  • Canai dan terap guna acuan donat.Biarkan donat naik dulu baru digoreng dan jgn terlampau garing.
  • Untuk sediakan cream cheese,putarkan krim keju dan gula aising. Masukkan jus lemon.Putar lagi.
  • Masukkan susu segar dan putar lagi hingga berkrim.
  • Celupkan donat yg sudah sejuk tadi ke dlm krim keju. Hiaskan dgn coklat rice warna-warni. Sedap dimakan selepas disejukkan dlm peti ais.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago