D’Mee Kicap

Resipi yang mudah untuk anda sediakan untuk keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

D’Mee Kicap

Resipi yang mudah untuk anda sediakan untuk keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus bihun, dicelur dengan air panas
  • 4 biji telur, digoreng hancur
  • 12 ekor udang, dibersihkan
  • ½ cawan sos tomato
  • ½ cawan kicap
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang goreng, jika suka
  • Bahan untuk dikisar:
  • 15 tangkai lada kering, direndam dalam air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • ¼ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato dan kicap bersama, garam, gula dan serbuk perasa. Rempahnya hendaklah anda masak sehingga ia pecah minyak.
  • Masukkan udang dan bila ia telah masak, masukkan pula telur yang telah digoreng dan diketepikan tadi. Gaul rata.
  • Akhir sekali anda boleh masukkan bihun dan gaul rata rempah dan bahan-bahan yang lain sehingga warnanya serata. Angkat dan hidangkan bersama bawang goreng, bebola ikan goreng, nuget dan lain-lain jika mahu.
  • Nota: Saya menggunakan kicap lemak manis cap Kipas Udang. Sekiranya anda mahu boleh anda cuba cara kedua iaitu bihun yang telah dicelur digaul rata dengan kicap. Seperti digambar. Bila kicap telah digaul dengan bihun anda tidak payah masukkan ½ cawan kicap ke dalam tumisan rempah. Hasilnya warna bihun akan lebih serata.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago