Project Description

Bagaimana cara nak masak Dangai?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dangai

Bagaimana cara nak masak Dangai?

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan kelapa parut muda (Diambil putih sahaja) 
  • 1 cawan tepung pulut 
  • ½ cawan gula pasir 
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan kelapa parut ke dalam mangkuk adunan dan peroikan. 
    2. Masukkan tepung pulut dan sedikit garam. Gaul rata. 
    3. Panaskan loyang dengan api sederhana selama 3 minit. 
    4. Masukkan 1/3 adunan ke dalam loyang dan ratakan. (Sekadar satu lapisan nipis sahaja). 
    5. Masukkan gula ke dalam baki 2/3 adunan kelapa tadi dan gaul rata. 
    6. Masukkan kesemua adunan ke dalam loyang tadi. Ratakan ke seluruh loyang. 
    7. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180ºC menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit ataupun sehingga garing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.