Masakan ibu saya =) boleh dihidangkan dengan nasi beriyani dan acar timun nenas.. (Sila buat-buat tak nampak je la surat khabar lapik tu ye.. hehe).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dalca

Masakan ibu saya =) boleh dihidangkan dengan nasi beriyani dan acar timun nenas.. (Sila buat-buat tak nampak je la surat khabar lapik tu ye.. hehe).

BAHAN-BAHAN

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • Minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Beberapa ketul ayam (terpulang kepada anda, saya guna leher, kaki dan peha)
  • 1/2 cawan kacang dal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • Sayuran seperti lobak merah, kacang panjang dan ubi kentang
  • Santan
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing-masing. (Di dalam gambar ini, ada banyak kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan sahaja yang digunakan.. Yang lain tu untuk masak lain).
  • Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
  • Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan campuran rempah daging yang dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  • Tambah air asam jawa, agak-agak supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
  • Masukkan ketulan ayam.
  • Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dal yg direbus dan juga yang ditumbuk. Gaul rata.
  • Masukkan semua sayur yang telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
  • Tambah air mengikut kepekatan yang disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jangan sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN