Daging tumbuk masak kicap

resepi kegemaran ku semasa kecil…. apatah lagi dimasak oleh bonda tersayang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging tumbuk masak kicap

resepi kegemaran ku semasa kecil…. apatah lagi dimasak oleh bonda tersayang

BAHAN-BAHAN

  • 300g daging lembu – di hiris 1 – 1.5cm tebal
  • 2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
  • 6-7 ulas bawang merah – dijadikan bawang goreng
  • 1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 cm belacan
  • asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
  • minyak untuk menumis, garam dan gula
CARA PENYEDIAAN
  • daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
  • perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
  • cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
  • panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
  • masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
  • tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago