daging pedas manis

resepi sendiri.. suami yg cerewet mkn (sbb dia pun pandai masak) kata sedap :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

daging pedas manis

resepi sendiri.. suami yg cerewet mkn (sbb dia pun pandai masak) kata sedap :)

BAHAN-BAHAN

  • daging dipotong kecil
  • 2 sudu besar cili boh (saya kisar sendiri cili kering)
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 kiub stok ayam
  • sedikit halia dicincang
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 1-2 batang cili hijau dihiris
  • 3-5 cili padi dihiris
  • kicap
  • minyak bijan sebagai penambah rasa ( tak perlu jika tak ada)
  • minyak masak untuk menumis
  • sos tiram (jika kuah kurang masin. perlu sedikit sahaja dalam 2-3 sudu besar)
  • air untuk kuah
CARA PENYEDIAAN
  • Perapkan daging bersama kicap dan halia. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang dan cili hingga bawang menjadi kekuningan. Masukkan cili boh dan tumis hingga garing
  • Masukkan kiub pati ayam. Gaul hingga kiub sudah cair keseluruhan.
  • Daging dimasukkan dan digaul hingga daging hampir masak.
  • Masukkan kentang. Gaul, lalu tambah air hingga menutup kentang.
  • Setelah mendidih dan kentang sudah empuk, tambahkan sos tiram, kicap dan minyak bijan mengikut citarasa.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago