Daging Masak Special

Tak tahu nak bubuh nama resepi ape..Resepi dari maksu ku..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Masak Special

Tak tahu nak bubuh nama resepi ape..Resepi dari maksu ku..

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih
  • 4-5 bawang merah @ 1/2 bawang besar
  • belacan ( selebar 2 jari )
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 8-10 batang cili kering
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 terung @ 3-4 bendi (sukahati)
  • 2 serai (diketuk)
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit air asam jawa (diperah dengan 1/2cawan air)
  • 2 cawan air (ikut selera) @ guna air rebusan daging
  • garam,perasa tambahan (jika mahu)
  • 4-5 sudu besar minyak masak
  • opps terlupa bahan yang utama…500g daging lembu (boleh juga diganti dengan ikan atau kepala ikan atau tulang lembu)
CARA PENYEDIAAN
  • Semua bahan dikisar kecuali serai,kerisik,daun limau purut dan asam jawa.
  • Daging direbus sehingga empuk,ketepikan..air rebusan daging bolehlah disimpan.
  • Panaskan minyak,masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai dan daun limau purut. Tumis hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan air @ air rebusan daging
  • Masukkan daging,kacau rata. Masukkan garam dan perasa jika mahu. Biarkan mendidih.
  • Masukkan terung atau bendi. Kecilkan api dan tunggu hingga terung atau bendi empuk. Jika tak mahu kuah pekat bolehlah tambah sedikit air ikut selera masing-masing.
  • Bila nak diangkat,bolehlah masukkan kerisik. Kacau rata…siap!
  • P/s : Resepi ini sesuai juga digantikan dengan slice fish 2 fish fillet..tetapi hendaklah digoreng slice fish terlebih dahulu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago