Daging Masak Lemak Cili Api

Masakan ibu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Masak Lemak Cili Api

Masakan ibu.

BAHAN-BAHAN

  • 300gm daging, ayam pun boleh
  • 1 mangkuk santan
  • 2 biji bawang merah, dikisar
  • 1 ulas bawang putih, dikisar
  • 1/2 inci halia, dikisar
  • 10-15 tangkai cili api, dikisar…kalu nak pedas tambah lagi!
  • 2 biji kentang bersaiz kecil
  • 1 batang serai
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Kiub ayam (jika suka)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan kisar, daging, serai, asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk dengan api yang sederhana…biarkan daging empuk, dan keringkan airnya. Sekiranya daging masih tidak empuk tetapi air di dalam periuk telah kering, tambahkan air.
  • Sementara menunggu daging empuk, bolehlah dimasukkan kentang.
  • Setelah daging dan kentang empuk, masukkan santan, kacau dan tunggu hingga mendidih. Hidangkan!
  • Enak dimakan bersama nasi…jika ada lebihan kuah masak lemak malam tadi, mmm… boleh lah dijadikan kuah untuk mencicah roti canai atau jemput-jemput bawang untuk hidangan sarapan…pasti terangkat! Cubalah cara orang Rembau!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago