resepi daripada opah bee.. hidang kecil pengantin..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

DAGING MASAK JUANDA

resepi daripada opah bee.. hidang kecil pengantin..

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging – dihiris nipis
  • 10 ulas bawang merah – digoreng dan dikisar
  • 10 tangkai cili kering – digoreng dan dikisar
  • 2 sudu gula merah
  • air asam jawa
  • 1 cawan kicap
  • minyak
  • serbuk perasa dan garam – jika perlu
  • Bahan Penumis
  • 2 ulas bawang putih dan merah – dihiris
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 sm halia -dihiris
CARA PENYEDIAAN
  • daging dihiris nipis, dibasuh dan ditoskan airnya.
  • kemudian perapkan daging td bersama bawang merah, cili yang digoreng dan dikisar tadi, gula merah, kicap dan air asam jawa.
  • tumiskan dahulu bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  • kemudian masukan semua daging yang diperap tadi kedalam kuali.. biarkan ia sehingga masak…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN