Daging gulai kawah

Masakan kelantan …. juga dipanggil gulai darat.. dimasak semasa kenduri kahwin… simple n sodap especiallay kalau guna daging hancur…. bukan daging kelas A….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging gulai kawah

Masakan kelantan …. juga dipanggil gulai darat.. dimasak semasa kenduri kahwin… simple n sodap especiallay kalau guna daging hancur…. bukan daging kelas A….

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging hancur dibersihkan dan tos
  • Bahan A
  • 5 ulas bawang merah,
    4 ulas bawang putih,
    1 inci lengkuas,
    1 inci kunyit,
    5 tangkai cili kering,
    2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,
    2 sudu kerisik,
    1 sudu budu** optional,
    2 sudu besar gula merah
  • Bahan B
    1/2 kg santan atau 3 kotak kecil santan
    garam
    gula
    air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
  • Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos. Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.Masak sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.Masa yang diambil utk daging empuk bergantung pada jenis periuk yg anda gunakan. Petuanya.. jangan masukkan garam selagi daging belum empuk.
  • Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa. Jika santan kotak digunakan, ianya perlu dicairkan dengan air.
  • Masak sehingga mendidih. Sedia untuk dihidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago