Lauk simple dan senang disediakan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Goreng Pedas

Lauk simple dan senang disediakan..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cwn daging (Dihiris nipis-nipis)
  • ½ biji kentang saiz besar (kupas dan potong 4)
  • 5 sb kicap manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Seketul (lebih kurang sebesar ibu jari) nisan/gula melaka
  • ¼ sb pes asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya untuk empukkan daging
  • @@ BAHAN-BAHAN KISAR @@ ~ Blend kering
  • ½ labu bawang merah
  • 2 ulas bawang bawang putih
  • 1½ sb serbuk cili
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra ngan bahan tumisan.
  • Masukkan air secukupnya sekadar untuk empukkan daging.(Biasanya saya masukkan air panas, supaya daging tidak liat sebab disejukkan secara mendadak bila air biasa dimasukkan).Tutup kuali sehingga daging empuk
  • Setelah daging empuk, masukkan kentang dan kulit kayu manis.Kacau-kacau sebati.Biarkan sehingga kentang empuk.
  • Masukkan pes asam jawa, kicap, dan nisan/gula melaka.Kemudian perasakan ngan garam.Kacau-kacau bagi semua mesra dan sedia dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN