Daging Black Pepper Halia

Menu yang sedap dan mudah disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Black Pepper Halia

Menu yang sedap dan mudah disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg daging – dihiris nipis
  • 3 batang kacang panjang – dipotong dalam ukuran 2 inci
  • 1 batang lobak merah- dihiris memanjang
  • 1 labu bawang besar – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 tangkai lada besar – dipotong 3
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan-bahan perap
  • 1/2 inci halia -ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • 1 sudu besar gula – untuk melembutkan daging
CARA PENYEDIAAN
  • Perap daging bersama bahan perap selama 3 jam.
  • Apabila daging dah perap panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dimayang dan lada besar hiris.
  • Kemudian apabila dah naik bau masukkan daging yang telah diperap dan gaul hingga rata hingga daging menjadi putih.
  • Apabila daging menjadi putih masukkan satu cawan air dan tutup selama 10 minit/daging empuk.
  • Bila daging dah empuk masukkan sos cili serta kicap manis dan gaul hingga rata.
  • Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan apabila kuah dah pekat boleh matikan api.
  • Rasa daging ini sangat sedap sebab ia serap bahan perap dan dagingnya menjadi lembut. Elakkan meletak garam semasa perap dan hiris daging dengan ira memanjang untuk melembutkan daging. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago