Daging Bersos Pedas

Makan ngan nasi putih panas² sedap ni…Ngan nasi minyak pun sedappppp

Penggunaan variasi cili boleh dikurangkan/skip/adjust mana yang patut jika tak mau terlalu pedas…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging Bersos Pedas

Makan ngan nasi putih panas² sedap ni…Ngan nasi minyak pun sedappppp

Penggunaan variasi cili boleh dikurangkan/skip/adjust mana yang patut jika tak mau terlalu pedas…

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging batang pinang
  • 1/2 biji ladabenggala merah
  • 1/2 biji lada benggala hijau
  • 1 batang lobak merah
  • 4 helai daun lima purut
  • 1 biji tomato (potong baji)
  • 100 ml santan pekat
  • 1 tangkai daun ketumbar (optional)
  • ***BAHAN PERISA***
  • 2 sb sos ikan
  • 1 s.teh gula melaka
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 s.teh serbuk perasa (optional)
  • ***PES REMPAH***
  • 1 s.teh rata serbk ketumbar
  • 1 s.teh rata jintan putih/halus
  • 1/2 s.teh lada putih serbuk
  • 2 s.teh penuh cili serbuk
  • 1 s.teh lengkuas serbuk
  • (**Kesemua bahan pes diatas dimasukkan ke dalam mangkuk dan dicampur sedikit air utk membentuk pes)
  • ***BAHAN TUMISAN***
  • 5 biji buah keras
  • 2 batang serai
  • 5 biji bawang merah
  • 4 tangkai cili hijau
  • 3 tangkai cili merah
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • 1 s.teh belacan
  • ***PEMERAP***
  • 1 sb minyak masak
  • 1 s.teh gula
  • 1 s.teh sos ikan
CARA PENYEDIAAN
  • Kesemua bahan tumisan di blend sehingga membentuk pes…Kemuadian satukan bahan-bahan tumisan dan pes rempah.ketepikan.
  • Gaul daging dengan bahan pemerap dan dicampur dgn 2 s.besar daripada (1).Gaul sebati dan ketepikan.
  • Panaskan kuali, goreng lada benggala dengan 1 s.besar minyak masak selama 1/2 min.Angkat.Renjiskan sedikit air.Ketepikan.
  • Tambah lagi 1 s.besar minyak masak dan goreng lobak merah.Angkat.Ketepikan.
  • Panaskan kuali yang sama sehingga panas sekali.Tambah 1 s.teh minyak masak dan separuh daging.Ratakan dan meliputi dasar kuali.Balikkan sekali dan masak selama 1/2min. sahaja.Ketepikan.Ulang untuk baki daging.Ketepikan.
  • Bersihkan kuali, panaskan 4 s.besar minyak masak dan masukkan daun limau purut, tomato dan baki (1).Tumis lebih kurang 5 min.
  • Tuang 1/4 santan, kecilkan api dan tumis sehinga pecah minyak.
  • Masukkan daging, Kacau sehingga sebati rempah dengan daging.Tutup kuali, renih sehingga daging empuk.Tambah sedikit air panas jika perlu (sekadar utk empukkan daging).
  • Masukkan baki santan dan bahan perasa.Masak sehingga wangi dan kuah menjadi pekat.
  • Masukkan (3) dan (4).Kacau goreng lebih kurang 1/2 min.Masukkan daun ketumbar jika suka.
  • Besarkan api dan kacau goreng seketika sehingga semua bahan sebati.Tutup api..Sedia di hidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago