Resepi asli pakcik saya. Menambahkan lagi pilihan dan variasi penyediaan untuk masak baryani.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Daging baryani Batu Pahat.

Resepi asli pakcik saya. Menambahkan lagi pilihan dan variasi penyediaan untuk masak baryani.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg daging lembu @ daging kambing dibersihkan dan di potong kecil.
  • 1 labu bawang besar dihiris
  • 10 gm rempah tumis
  • * 4 tangkai lada hijau
  • * 6 biji bawang merah
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia
  • 3 sb rempah baryani
  • 2 sb tomato puree
  • daun saderi
  • daun bawang
  • daun ketumbar
  • daun pudina dipotong
  • 4 tangkai lada hijau
  • 2 biji tomato potong kecil
  • 3 sb besar susu cair diperah dgn 2 biji limau kasturi utk dijadikan tairu
  • gajus dan kismis di goreng
  • sedikit minyak sapi ghee utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan bertanda *. Tuang sedikit bahan kisar kedalam daging dan diperap sekejap.
  • Tumis bawang besar yg dihiris dgn rempah tumis hingga naik bau. Masukkan lebihan bahan kisar dan tumis hingga garing.
  • Bila bahan tumisan sudah garing masukkan rempah baryani, tumis lg hingga betul2 garing dan naik bau. Masukkan daging dan masak daging hingga daging empuk. Masukkan sekali tomato puree, garam, gula dan pak aji.
  • Bila daging hampir empuk masukkan tairu, tomato, lada hijau, daun-daunan yg dipotong lbh kurang 2 inci.
  • Akhir sekali bila daging sudah masak masukkan gajus dan kismis yg telah digreng. Akan bangkit minyak bila daging masak, gunakan minyak itu utk buat nasi baryani.
  • ** tips utk gunakan daging kambing, seeloknya perap dgg dgn tepung dulu sekurangnya 1 jam utk menghilangkan bau hanyir.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN