Dadih Permata Bonda

Pencuci mulut kegemaran keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dadih Permata Bonda

Pencuci mulut kegemaran keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 20g agar agar ( direndam )
  • 20 cawan air
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 400g coffe mate
  • 1 camb susu tepung
  • 2 camb serbuk koko + 1/4 cawan air panas
  • Sebagai hiasan boleh gunakan buah-buahan segar atau koktail dalm tin
CARA PENYEDIAAN
  • Toskan agar-agar dan masakkan dengan air ( 20 cawan ).
  • Setelah hancur masukkan gula pasir kacau dengan api perlahan hingga gula larut.
  • Tambahkan susu cair, coffe mate dan susu tepung. Kacau selalu sehingga mendidih.Kecilkan api.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Satu di tambah esen vanila dan satu lagi di tambah dengan koko yang telah dibancuh dengan air panas.(Jika koko berketul hendaklah di tapis.)
  • Panaskan kembali ke dua-dua bahagian di atas api perlahan sehingga mendidih ( sambil di kacau selalu).Padamkan api.
  • Tuangkan bahagian koko ke dalam bekas dadih sebanyak 1/4 bahagian. Buat sehingga habis.
  • Simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku sehingga agak beku. (Bahagian satu lagi hendaklah dikacau selalu agar tidak beku di bahagian atas).
  • Kemudian tuangkan bahagian satu lagi itu sehingga 3/4 penuh bekas, buat sehingga habis sejukkan dalam peti ais.
  • Hiaskan dengan koktail atau buah-buahan segar sebelum dihidang.
  • Untuk rasa yg lebih enak guna susu cair AIDIL n susu tepung membuatkan rasanya lemak berkrim
  • Jika nak mudah gunakan satu perasa sahaja selepas langkah 3 tambahkan sahaja ensen sedikit esen vanila dan perisa digemari dan pewarna/ guna emalco spt emalco coklat dll

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago