Dadih laici berkuah

mudah dan sedap..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Dadih laici berkuah

mudah dan sedap..

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket dadih perisa laici (yg dah siap punya ada jual kat kedai…cap yg paling sedap..brand happy grass)
  • 1/2 kotak fresh milk (500 ml)
  • 2 1/2 liter air
  • 1 tin susu cair ( 400 ml)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin laici ( kalau nak letak banyak boleh tambah lagi)
CARA PENYEDIAAN
  • masak air hingga didih. selepas air didih masukkan gula.
  • kemudian masukkan susu cair dan susu segar. biar dalam 1-2 minit. hanya untuk panas kan saja susu tu.
  • selepas susu dah panas, tutup kan api dan masukkan dadih segera tadi. kacau2 selama 5 minit.
  • akhir sekali masukkan gula dadih segera dan kacau2 sekejap, kemudian tutupkan api.
  • masukkan dadih kedalam bekas. saya guna bekas saiz kecil. biarkan dadih sehingga ia mengeras.
  • sementara itu, asingkan laici dan jugak kuahnya.
  • cerai-ceraikan buah laici tadi menggunakan tangan.
  • apabila dadih dah mengeras, letakkan sedikit buah laici diatasnya. kemudian sudukan 1/2 atau 3/4 air laici kedalam bekas tadi. buat sehingga habis.
  • bila dah siap. masukkan semua dadih tadi kedalam peti ais. bila dah sejuk..boleh la dimakan.
  • nota: kalau nak guna dadih brand lain pun boleh jugak…tapi jgn letak susu segar tu sebab nanti dia terlebih rasa susu…guna ikut sukatan kat belakang paket tu je ( 3 liter air dan 1 tin susu cair)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago