Cute Marble Blossom

Lagi variasi apam… Diolah dari resepi izatti. Jangan marah ye…!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cute Marble Blossom

Lagi variasi apam… Diolah dari resepi izatti. Jangan marah ye…!

BAHAN-BAHAN

  • 1 ½ cawan gula halus
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 3 biji telur Gred A – asingkan putih dan kuning telur
  • 1 camt baking powder
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camb ovalette
  • 1 camt pandan emulco (**)
  • ½ cawan santan pekat (**)
  • ¾ cawan susu segar (**)
  • Sedikit pewarna hijau (**)
  • Sedikit pewarna merah
  • Papercup kecil-kecil (200 keping)
  • Acuan lompang secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan-bahan bertanda (**) – pandan emulco, pewarna hijau, santan pekat dan susu segar. Ketepikan.
  • Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
  • Masukkan gula halus dan esen vanilla. Pukul hingga gula hancur dan keputihan.
  • Masukkan pula ovalette dan baking powder. Pukul hingga adunan putih dan gebu.
  • Masukkan tepung berselang-seli dengan campuran santan dan susu segar. Kacau hingga adunan sebati.
  • Panaskan kukusan. Balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kuih. Susun acuan lompang di dalam dulang dan masukkan papercup. Ketepikan.
  • Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam piping bag ataupun ke dalam plastic yang digunting sedikit bucunya.
  • Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau supaya jadi macam marble. Jangan kacau lama-lama, takut warna asal hijau akan bertukar merah sepenuhnya.
  • Picitkan ke dalam acuan papercup tadi dan kukus dengan api besar selama lebih kurang 5 – 8 minit. Siap!!!
  • Nota : pastikan api besar semasa mengukus kerana kalau api kecil, kuih ni tak merekah. Saya dah terkena satu kukusan (25 biji).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago