Senang,ringan dan sedap. Modified dari resepi triffle, ..sy suka triffle tp x gemar campur kek sbb cepat muak..khas bagi yg x gemar kek.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Custard Fruit Paradise

Senang,ringan dan sedap. Modified dari resepi triffle, ..sy suka triffle tp x gemar campur kek sbb cepat muak..khas bagi yg x gemar kek.

BAHAN-BAHAN

  • Custard
  • 1 tin evaporated creamer (krimer sejat)
  • 2 tin air
  • 6 sdb custard powder (brand Nona recommended)
  • 1 sdb esen vanilla (star brand)
  • 5 sdb gula pasir
  • Jelly@ agar2:-
  • 1 paket agar2 powder 10ml-merah la cantik
  • Sirap dr cocktail yg ditoskan
  • 7sdb gula pasir
  • 2 bj limau kasturi (optional)
  • Canned Fruits:-
  • 1 tin fruit cocktail-toskan
  • 1 tin laici di toskan (optional) tapi kalau letak memg lagi sedap
  • Topping@ hiasan
  • 1 genggam cip coklat (optional, tp letak lg best nampak menarik)
  • 1 genggam kismis (suka2,tapi x letak tak paradise la kan…)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula2 siap agar2 dulu. Toskan cocktail + laici. Satukan n masuk dalam peti ais. Sukat air koktel dan tambah air ikut sukatan pada peket agar2. Add gula n air perahan limau nipis(optional). Masak sampai mendidih. Tuang dlm mangkuk /loyang yg lebar supaya cepat sejuk n set. sementara tu kita wat custardnya pulak.
  • Untuk custard, mulakan dgn Bismillah…kemudian krimer,air,custard powder,gula,vanilla. gaul rata selama 1 minit kemudian masak atas api sederhana. Sentiasa kacau.. jgn tinggal sbb nanti berketul mesti tension. Tunggu sampai likat,baru leh berhenti kacau n matikan api.
  • Kalau nak makan ramai2 sekali hadap tak yah la wat dlm bekas kecil2 tu. Tuang je custard dalam loyang/mangkuk lebar. Kalau nak pakai bekas kecil2 tu, tuang sampai 1/2 level bekas. Buka kipas laju2 bagi cepat sejuk n permukaan custard set. custard ni takan keras tau..walaupun masuk peti ais
  • Ha.. rasanya agar2 kita dah set. Ambil pisau belah dadaku eh…tersyasyul..haha.. Lorek2kan jadi mcm papan dam aji/kiub atau hancur2kan. ambil 2 sudu besar taburkan atas custard yg dah set. kalau bekas besar taburkan atas curtard dalam loyang td sampai penuh permukaan nya. lepas tu, boleh la taburkan cocktail pulak. pastu taburlah coklat cip n kismis td. Dah siap masuk peti ais. Kalau tak tahan terus je makan…mmmm sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN