?Curry Puff (Lapis)™

biase sebut karipap lapis jer…dengan puff pastry buatan sendiri…pastry yg boleh terus digunekan selepas mengadun,tk perlu perap dlm peti sejuk dulu….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Curry Puff (Lapis)™

biase sebut karipap lapis jer…dengan puff pastry buatan sendiri…pastry yg boleh terus digunekan selepas mengadun,tk perlu perap dlm peti sejuk dulu….

BAHAN-BAHAN

  • PUFF PASTRY :-
  • 450 g tepung gandum – diayak
  • 60 g mentega
  • 240 ml air sejuk – dr peti ais
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk jus lemon
  • 240 g pastry margarine
  • Bahan2 Inti :-
  • 450 g daging cincang – dicuci dan tos
  • 3 ulas bawang putih kisar
  • 2 hiris halia kisar
  • 4 sb rempah kari
  • 2 labu bawang besar – didadu
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak – utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih,halia kisar dan masukkan daging cincang dan gaul rata.Masukkan rempah dan bawang besar dan masak hingga hampir kering dan masukkan garam secukup rasa.Masak lagi hingga kering dan sejukkan.
  • Dalam mangkuk pengadun,masukkan semua bahan kecuali pastry margarine dan uli hingga doh tk melekat pd mangkuk.
  • Canai doh hingga panjang dan melebar hingga lebih kurang 14×8 in persegi.Bubuh 1/3 bahagian pastry margarine di tengah doh.
  • Lipat bahagian kiri dan kanan doh menutupi pastry margarine tadi dan canai panjang dan lebar lagi seperti yg mula.Ulang lagi seperti cara2 step 3 hingga pastry margarine habis.
  • Untuk mendapatkan lapisan yg banyak pd karipap,ulang mencanai dan melipat doh lagi tanpa pastry margarine sebanyak 2-3 kali lagi.
  • Akhir sekali,canai doh lebar dan nipis dan terap dengan penerap pastry.
  • Isi inti dan sapu sedikit putih telur pd keliling doh dan lipat dua seperti karipap biase dan tekan kemas2.
  • Buat hingga habis,susun atas loyang pembakar dan sapu kuning telur atas karipap.
  • Bakar hingga karipap kuning keemasan atau garing pd suhu 180C selama 20 min atau ikut kepanasan oven masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago