Cupcake Coklat Comel

Rasa kek mini coklat yang budak-budak susah nak tolak! Penyediaannya pun mudah, tak sampai 10 minit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cupcake Coklat Comel

Rasa kek mini coklat yang budak-budak susah nak tolak! Penyediaannya pun mudah, tak sampai 10 minit.

BAHAN-BAHAN

  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan mentega
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 1½ cawan susu segar
  • * 2 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven 180C.

    Campurkan kesemua bahan (kecuali *) dalam bekas pengadun. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bagi campuran itu sebati. Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi lebih kurang selama 2 minit. Selepas itu, tambah telur dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit lagi.

  • Sudukan adunan dalam acuan kertas. Kalau nk kek cawan yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi acuan. Yang saya buat ada yang tinggi, ada yang rendah. Bakar selama lebih kurang 20 minit begitu atau hingga masak. Suhu oven terpulang pada oven masing-masing, saya guna 170C.
  • Bila dah masak, boleh diletak hiasan atas kalau suka. Hiasan saya tu: ¼ cawan susu pekat + ¼ cawan serbuk koko + ¼ buku mentega. Masukkan semua dalam periuk, panaskan atas api & terus kacau, sekejap sahaja iaitu bila sudah bercampur semua & beku sikit terus angkat dan sapukan atas kek yang telah sejuk. Hias ikut citarasa masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago