20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang – buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kucai (potong 1 inci)
1 biji telur
1 biji cili merah (hiris halus)
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Kuah Kacang:
2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
Masukkan tepung, udang, tauge, kucai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar. Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
Panaskan minyak. Jemputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan hidang dalam pinggan.
Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini. Jangan sampai halus.
Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat. Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.