Croissant

Semalam belajar dari kawan, my 1st trial. Sungguh tak mengecewakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

3jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Croissant

Semalam belajar dari kawan, my 1st trial. Sungguh tak mengecewakan.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm tepung gandum
  • 90gm gula
  • 350ml susu suam
  • 340gm butter
  • 15gm yeast
  • sedikit garam
  • telur untuk kilatkan croissant
  • tepung untuk dusting
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan tepung, gula, garam, yeast & amp; susu ke dalam mixer, pukul selama 8-10 minit. Sudah siap pukul, tabur-taburkan tepung sikit (dust), cantik-cantikkan doh itu sikit & amp; biarkan naik 2 kali ganda (1.5 – 2 jam). Seeloknya tutup dengan towel basah.
  • Sementara tunggu doh naik, kita siapkan butter. Letakkan butter di atas cling wrap & amp; tutup di atasnya dengan cling wrap. Penyekkan dengan tangan sikit, & amp; lepas itu lenyekkan dengan roller pin. (jadikan dia bentuk 4 segi). Tak jadi 4 segi pun boleh. Selepas itu simpan mentega itu dalam peti sejuk sekejap sementara tunggu doh naik. (jangan sampai terkeras sangat pula mentega ini nanti, agak-agak.) Butter Ini saya lenyek panjang sangat. Kalau anda buat, pendekkan sedikit.
  • Bila doh dah ready, kita canai doh supaya jadi 4 segi panjang. Letakkan mentega di tengah doh & lipatkan doh tersebut (macam kita lipat kain) supaya bertemu antara satu sama lain). Pastikan doh cover ke semua butter yang di dalam tu.
  • Bila sudah lipat, kita canai lagi sekali. Kali ini, pastikan lipatan yang bertemu mula-mula tadi dalam posisi menegak (12 o’clock & amp; 6 o’clock). Canai memanjang dan lipat lagi sekali. Balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan dari fridge, canai lagi macam proses no. 3 dan simpan lagi dalam fridge. Bila dah cukup 30 minit, keluarkan dan ulang lagi proses yang sama dan kali ni simpan overnite dalam fridge.
  • Bila nak mula shaping, keluarkan dari fridge dan belah dua doh seperti dalam gambar.
  • Canai nipis doh senipis 0.4 – 0.5 cm dalam bentuk 4 segi memanjang. Kemudian kemaskan bahagian tepi doh degan pisau. Potong doh seperti dalam gambar.
  • Gulung doh dari bawah ke atas, seperti dalam gambar. Ulang sehingga habis. Rehatkan untuk doh membesar 2 kai ganda. Sapukan telur di atasnya dan bakar (15 minis – 190C).
  • p/s – Resepi ini banyak guna tepung untuk dusting, especially masa hendak canai. Make sure kita brush away the dusting before kita chill it dalam fridge.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago