Ala-ala Kenny Rogers…abg i makan kat New Zealand.. balik M’sia terus carik resepi.. :) bahan2 pun simple je

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crispy Baked Chicken

Ala-ala Kenny Rogers…abg i makan kat New Zealand.. balik M’sia terus carik resepi.. :) bahan2 pun simple je

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (+/- 2.2kg)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sb butter
  • 3 sb lada hitam tumbuk kasar (ikut suke masing2 nak pedas tambah lagi)
  • 5 biji washed potato (klau nak pakai kentang biasa pon ok jgk)
  • 3 btg celery
  • 2 btg carrot
  • Cashewnut (suka hati nak letak byk mana)
  • Air stock ayam (2 kiub chicken stock + 1 btg celery + 1 1/2 cwn air)
  • Garam secukup rasa
  • Olive oil
CARA PENYEDIAAN
  • Ketuk & cincang bawang putih. Campurkan 1/2 bawang putih yang dicincang dgan 2 sb butter & 1/2 portion lada hitam serbuk.
  • Ayam dibelah dua dan dicuci bersih. Ambil campuran butter tadi.. lumurkan pada keseluruhan ayam dan isi bawah kulit ayam skali.
  • Kentang potong 4 (x payah buang kulit), Carrot belah 4 bahagian pastu belah tengah, Celery potong 6 bahagian <– all vege nie x kesah nak potong macam mana.. tapi better potong besar takot terover lembik sebab nak kene baked lama dalam oven.
  • Ambil dulang pembakar lumurkan skit dgn olive oil.. letak kan ayam (kalau x cukup space msk 2 kali), susun sayur kat tepi ayam tuh, taburkan cashewnut, taburkan balance bwg putih cincang tadi,lada hitam n garam secukup rasa, tuang air chicken stock (simpan stengah air kalau masak 2 kali) & lastly taruk olive oil atas semua bahan tadi.
  • Panas kan oven dlm sepluh minit.. then masukan ayam tadi baked 165C selama 1 jam 15minit ke 30 minit. :) Siap.. Boleh makan.. Kalau nak best lagi.. Makan ngan butter rice.. Kalau x suka makan sayur tuh…Lepas masak..Ayam nie akan kuarkan air n oil die.. campurkan semua sayur-sayur tadi.. blend kan.. then masak atas api tambahkan skit air..rasakan garam then jadilah potato & vege soup… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN