Bagaimana cara nak masak Crepe Buah Pic?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crepe Buah Pic

Bagaimana cara nak masak Crepe Buah Pic?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 120 g tepung gandum (Diayak)          
  • 2 sudu makan tepung ubi (Diayak)  
  • 2 sudu makan gula kastor 
  • 2 biji telur (Dipukul ringan) 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 80 ml susu segar 
  • 300 ml air 
  • 3 sudu makan mentega (Dicairkan) 
  • Pewarna kuning telur  
  • Bahan B (Inti)
  • 1 tin buah pic  (Diasingkan airnya dan potong kecil) 
  • 2 cawan fresh cream atau  non-dairy whipped cream  
CARA PENYEDIAAN
    1. Masukkan semua tepung, gula kastor, telur, esen vanila, pewarna kuning, susu segar dan air ke dalam mangkuk. Kacau sebati. 
    2. Masukkan mentega cair. Kacau sebati dengan whisker ataupun boleh juga dikisar. Tapiskan. 
    3. Panaskan kuali non-stick dengan api yang kecil. 
    4. Tuangkan satu senduk adunan ke atas kuali leper. Lenggangkan seperti membuat kuih gulung. Tidak perlu diterbalikkan (Masak 1 permukaan sahaja). 
    5. Apabila sudah masak, ketepikan kulit. Masukkan 1 keping di dalam 1 pinggan sahaja bagi mengelakkan melekat antara satu sama lain. 
    6. Pukul fresh cream menggunakan mesin kek sehingga gebu dan ringan. (Tidak jatuh apabila diangkat whisker) 
    7. Bentangkan kulit dan sudukan fresh cream di tengahtengahnya. 
    8. Susunkan buah pic dan sudukan lagi fresh cream. 
    9. Lipatkan crepe dan susunkan di dalam acuan kertas. 
    10. Sejukkan di dalam peti ais selama beberapa jam dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN