Creamy Carbonara Ala Melayu

resepi ni saya olah sendiri selepas beberapa kali mencuba dan akhirnya barulah kena dengan tekak kita orang melayu ni…. =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Creamy Carbonara Ala Melayu

resepi ni saya olah sendiri selepas beberapa kali mencuba dan akhirnya barulah kena dengan tekak kita orang melayu ni…. =)

BAHAN-BAHAN

  • Setengah peket pasta penne ( kalo bole beli yg 5 minute cook tu )
  • 1 tin sos creamy carbonara jenama PREGO ( yg kaler biru tu )
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 3 biji cili api – dicincang halus ( nk lebih pun xpe )
  • 2 ketul isi ayam – dipotong kecik-kecik
  • 10 biji cendawan butang – dipotong 4
  • 2 sudu cuka makan
  • garam secukup rasa
  • 1 tin air ( guna tin sos prego tadi )
  • Minyak untuk menumis dan untuk diisi dalam rebusan pasta
    ( kalo boleh guna minyak zaitun untuk menumis…lagi sedap )
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air untuk merebus pasta… setelah air menggelegak, masukkan pasta penne tadi dan sesudu minyak masak. Biarkan sampai lembut (al-dante ) dan toskan.
    – kalo boleh rujuk pd bungkusan pasta
  • Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam yang dipotong kecik-kecik td sehingga sedikit garing.
  • Setelah ayam agak garing, masukkan cendawan butang tadi. Saute lebih kurang dalam 5 minit.
  • Masukkan sos PREGO dan diikuti dengan 1 tin air ( kocak2 kan sampai licin dlm tin tu ). Biarkan mendidih seketika…
  • Masukkan cuka dan cili padi. Masukkan garam secukup rasa.Masak sehingga agak pekat ( jgn pekat sangat ) Tutup api.
  • Ambil pasta yang telah ditos tadi, gaulkan bersama sos carbonara yang masih panas. Biarkan 5 minit agar pasta dan sos bersatu. Sedia untuk dihidang dan juga sesuai untuk makan malam….
  • Selamat Mencuba! =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago