Couscous Kerabu

Tukar selera nasi dengan couscous, maka jadi la couscous kerabu.Sedap bila dicampur dengan kerabu daun daun herba yg popular kat middle east ni.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Couscous Kerabu

Tukar selera nasi dengan couscous, maka jadi la couscous kerabu.Sedap bila dicampur dengan kerabu daun daun herba yg popular kat middle east ni.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan couscous
  • secekak daun parsli dihiris halus
  • secekak dill dihiris halus
  • sedikit daun mint dihiris halus
  • satu biji tomato dihiris dadu kecil kecil
  • secekak daun basil dihiris halus
  • 2 sudu makan minyak extra virgin olive oil
  • 1 tin tuna (toskan airnya)
  • 3/4 cawan kelapa kering
  • lada hitam dan garam secukupnya
  • 1 cawan air mendidih
  • jus dari 1 biji lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan couscous kedalam mangkuk dan tuangkan secawan air mendidih kedalamnya. Ketepikan. Selepas 2 minit, karih-karihkan couscous dengan garpu.
  • Masukkan tuna kedalam kuali. Campurkan lada hitam dan kacau sehingga hampir kering. Kemudian masukkan kelapa kering dan kacau lagi sehingga garing. Ketepikan.
  • Satukan semua ulam-ulam didalam satu mangkuk. Masukkan campuran tuna yang telah sejuk tadi, jus lemon, olive oil, dan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Hidangkan couscous dan kerabu dengan lauk kegemaran anda, keropok, dan sambal belacan. Enjoy!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago