Cottage Pie

Versi sendiri. Resipi ringkas untuk makan malam, juga kegemaran keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cottage Pie

Versi sendiri. Resipi ringkas untuk makan malam, juga kegemaran keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Inti:
  • 450g isi ayam cincang (kalau nak tukar ke daging boleh sebab tu sebenarnya resipi asal, kalau guna daging kambing, maka jadi la ‘Shepperd Pie’)
  • 1 biji bawang besar – potong dadu; 15g tepung serbaguna (kalau tiada, ambil je tepung gandum)
  • 2-3 batang lobak merah, potong dadu
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 3/4 cawan air yang dicampur dengan 1 kiub stok ayam (sepatutnye guna air rebusan, tapi kalau tiada – kiub Knorr je la)
  • 1-2 sudu besar sos tomato
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnye
  • Untuk lapisan atas (‘topping’):-
  • 4 biji ubi kentang – buang kulit kemudian potong dadu
  • 3-4 sudu besar mentega
  • 1 cawan susu segar
  • Garam & serbuk lada sulah secukupnye
  • Keju cheddar (kalau mahu lebih berkeju, bubuh lebih sikit)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk Inti: Panaskan kuali dengan api sederhana. Guna cara ‘saute’ (masak tanpa minyak sebab daging ade lemak) – kacau-kacau daging & ‘saute’ dalam seminit. Kemudian baru masukkan bawang, lobak merah yang dipotong dadu tu. Teruskan ‘saute’ sampai nampak daging masak (dalam lebih kurang 15 minit).
  • Lepas tu baru tambah tepung, serbuk kayu manis, perasa dan parsli. Kacau.
  • Sementara tu, kacau air stok ayam/lembu tadi dengan sos tomato, kemudian campurkan dalam kuali tadi. Tambah garam & serbuk lada sulah. Dengan api yang kecil, biarkan mendidih dalam 15 minit atau sampai ia membeku sikit, pastu tutup api. Kemudian masukkan dalam bekas pai ukuran 9×9 inci.
  • Untuk lapisan atas: Rebuskan ubi kentang sampai lembut. Kemudian toskan & lecek kentang sampai lembut. Kemudian tambah mentega & susu. Kacau sampai kembang. Lepas tu tambah garam (sikit je, sebab kalau inti dah masin, lapisan atas kurang kan la sikit masinnye tu) & sebuk lada sulah.
  • Tuangkan campuran kentang lenyek ni ke atas inti pai tadi tu. Pastu taburkan dengan keju parut.
  • Bakar dalam oven yang dipanaskan, dalam 190C; sampai bahagian atas keperang-perangan (dalam lebih kurang 25 minit).
  • Pai yang baru bawak keluar dari oven..mmm :)
    Cadangan hiasan: dengan sayuran campur/kacang pis; sup cendawan dan roti bawang putih (sebab tekak orang Melayu ni bukan nya cukup makan pai ni je hehe)…

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago