Resepi dari kelas kek oleh chef M. Khairul..Antara koleksi kek coklat yg gebu dan lembap serta menjadi kegemaran keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coklat Moist Cake

Resepi dari kelas kek oleh chef M. Khairul..Antara koleksi kek coklat yg gebu dan lembap serta menjadi kegemaran keluarga

BAHAN-BAHAN

  • 300g gula kastor
  • 160g minyak jagung
  • 3 biji telur
  • 1 tin susu cair ( 400g )
  • *180g soft flour/ tepung ros
  • *1 camt baking powder
  • *1/2 camt soda bikarbonat
  • *70g serbuk koko
  • Bahan bertanda* ayak bersama dan gaul rata
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan susu cair hingga hampir mendidih. Biarkan sejuk/suam ( perlu di kacau agar cepat sejuk) Sediakan kukusan.
  • Dalam bekas lain pukul gula dan telur hingga sebati dan masukkan minyak jagung pukul lagi hingga kembang.
  • Susu cair yang dah suam/ sejuk masukkan dalam adunan telur dan kacau sebati(jangan dipukul)
  • Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau dengan spatula/senduk kayu.
  • Sediakan loyang yang telah di alas dengan baking paper dan lenser dengan majerin.
  • Tuang adunan dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit/ sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dan hias ikut suka dengan topping kesukaan…Anak kite tak berapa suka topping so kita tepek dengan coklat compound yg berbentuk siling….n tabur gula ising…
  • Kelainan pada kek ini dari kek coklat sebelumnya ialah penggunaan tepung ros yg membuatkan ia lebih gebu..selamat mencuba dan InsyaAllah anda akan berpuas hati..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN