Coffee ‘n’ Durian Torte

Resepi baru..mixer baru..hehehehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coffee ā€˜nā€™ Durian Torte

Resepi baru..mixer baru..hehehehe

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN KEK MENTEGA KOPI
  • 270 g marjerin
  • 230 g gula
  • 230 g tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk penaik
  • 1 sudu besar Paste Expresso
  • 5 biji telur Grade A
  • BAHAN KEK MENTEGA DURIAN
  • 120 g isi durian (A)
  • 60 ml susu UHT (A)
  • 40 g tepung gandum (A)
  • 250 g marjerin (B)
  • 220 g gula (B)
  • 5 biji telur gred A (C)
  • 200 g tepung gandum (D)
  • 50 g custard powder (D)
  • 1/2 sudu besar serbuk penaik (D)
  • 1/4 sudu besar soda bikarbonat (D)
  • BAHAN HIASAN
  • Krim mentega secukupnya
  • Chocolate rice secukupnya
  • Chocolate flakes secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • CARA MEMBUAT KEK MENTEGA KOPI
  • Adun kesemua bahan kek mentega kopi mengikut turutan.Jangan terlalu memukul gula dan mentega hingga kembang kerana boleh membuatkan tengah kek menjadi bantut.Pukul hingga sebati sahaja.Bukan hingga kembang.Tuang adunan dalam acuan 10 inci dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 180 darjah C.
  • CARA MEMBUAT KEK MENTEGA DURIAN
  • Kisar isi durian dan susu hingga halus.Masukkan ke dalam mixer dan tambahkan tepung A.Pukul hingga sebati.Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang lain putarkan bahan B hingga gebu.Masukkan bahan C ke dalam bahan B.Adun sebati.Kemudian masukkan bahan A yang telah diputar terlebih dahulu tadi ke dalam adunan ini.Putar sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan D dan adun sebati.Masukkan dalam acuan bulat 10 inci.Bakar hingga masak pada suhu 175 darjah C selama 50 minit.
  • Sejukkan dan keluarkan ke dua dua kek dari acuan.Belah kek durian kepada 2 lapisan.Letakkan satu lapisan kek durian di atas turn table.lapiskan dengan krim mentega.Kemudian letakkan pula kek mentega kopi di atasnya dan lapiskan dengan krim mentega.Lapisan terakhir letakkan bahagian akhir kek mentega durian dan sapukan keseluruhan kek dengan krim mentega.
  • Taburkan Chocolate rice di sekeliling kek dan paipkan krim mentega kopi bentuk bunga.letakkan chocolate flake di atas krim mentega kopi.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.Siap utk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago