Coffee Coklat Muffin

Guna kopi segera, kalau tak suka boleh ganti dengan serbuk koko.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coffee Coklat Muffin

Guna kopi segera, kalau tak suka boleh ganti dengan serbuk koko.

BAHAN-BAHAN

  • 2 sudu besar kopi segera
  • 70ml susu segar
  • 50g mentega
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur
  • 150g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 65g susu coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Potong susu coklay kecil-kecil. Ayak tepung dan serbuk penaik. Campurkan kopi segera dengan susu segar untuk buat kopi susu. Panaskan oven sehingga 180C.
  • Pukul mentega sehingga lembut. Masukkan gula pukul sehingga putih.
  • Tambah telur sikit demi sedikit sambil dipukul.
  • Kemudian masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit berselang seli dengan kopi susu tadi.
  • Akhir sekali masukkan coklat yg telah dipotong. Kacau biar bercampur rata.
  • Isikan bekas muffin dengan 3/4 penuh. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180C.
  • NOTE: Muffin ni kurang manis. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam adunan ataupun buat aising selepas dibakar. (aising =80g gula aising + 1 sudu besar sudu segar)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago