Coffee Cheesecake Stick

Bau harum kek keju ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coffee Cheesecake Stick

Bau harum kek keju ni semasa dibakar boleh membuatkan jiran-jiran anda tertanya-tanya ;)

BAHAN-BAHAN

  • 210g krim keju
  • 45g mentega
  • 60g gula halus
  • 3 biji telur kuning
  • 6 sudu besar krim segar/krim putar
  • 6 sudu kecil tepung jagung
  • 2 sudu kecil serbuk kopi segera
  • *75g mentega – dicairkan
  • *3 sudu besar coconut flake
  • *150g biskut
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan mentega cair dan ‘coconut flake’. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan.
  • Biarkan krim keju, mentega dan telur dalam suhu bilik.
  • Pukul krim keju dan mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan pula kuning telur -> krim segar-> tepung jagung. Masukkan bahan ikut turutan sambil dikacau.
  • Akhir sekali masukkanlah kopi segera. Kacau lagi.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit.
  • Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.
  • NOTA: Untuk dapat rasa yang sedap, simpan dulu semalaman sebelum dimakan. Telur putih yang tak digunakan dalam resipi ni, boleh diguna utk resipi Peanut almond stick

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago