Cocoa Fudge Cake With Creamy Vanilla Frosting

Kek coklat kegemaran keluarga, resipi dari mummy

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cocoa Fudge Cake With Creamy Vanilla Frosting

Kek coklat kegemaran keluarga, resipi dari mummy

BAHAN-BAHAN

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan gula kastor (pasir halus)
  • 2/3 cawan serbuk koko (saya guna vochelle)
  • 1 1/2 cawan susu segar (uht atau fresh)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan mentega/margerine (suhu bilik)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Untuk Creamy Vanilla Frosting
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan gula icing
  • 2-3 sudu besar susu uht/segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Kesemua bahan dimasukkan kedalam
    ‘mixing bowl’ satu persatu.
  • Dengan menggunakan whisk (nak guna mixer pun boleh), kacau perlahan kesemua adunan biar mesra sebati dalam 30 ayunan whisk (clockwise).
  • Kemudian aktiviti whisk diteruskan pada kelajuan yang semakin meningkat dalam 3 minit. Adunan menjadi likat dan cair.
  • Loyang 20 inci, digris mentega dan ditabur tepung.
  • Ketuhar dipanaskan dalam 10 minit pada suhu 160 darjah celcius.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang bergris tadi dan bakar selama 45 minit (atau bila garfu dicucuk kek tak melekat)
  • Sementara kek dibakar, bolehlah menyediakan frosting yang boleh disapukan selepas kek tersebut telah sejuk nanti.
  • Kesemua bahan untuk frosting disatukan
    dalam bekas dan dikacau menggunakan
    whisk atau mixer sehingga jadi putih berkrim.
  • Frosting ini mungkin agak terlalu manis, jadi boleh dikurangkan sukatan gulanya.
  • Selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago