Classic Shortbread

Biskut ringkas, sedap dan berlemak – enak kalau minum waktu petang atau kudapan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Classic Shortbread

Biskut ringkas, sedap dan berlemak – enak kalau minum waktu petang atau kudapan.

BAHAN-BAHAN

  • 8 auns (1 cawan) mentega tanpa garam disejukkan, dipotong-potong 1/2 inci
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 10 auns (2-1/4 cawan) tepung serbaguna
CARA PENYEDIAAN
  • Alas dulang pembakar dengan lapik.
  • Gabungkan mentega, gula dan garam dalam mangkuk dan pukul perlahan (tak payah tunggu kembang, adun sampai mentega dan gula sebati, dalam 2 minit).
  • Masukkan tepung dan adun lagi (tips – sampai doh sudah agak-agak nak sebati – dalam 3 minit).
  • Canai doh sehingga mencapai ketebalan 1/4 inci di atas permukaan yang telah disapu dengan tepung terlebih dahulu.
  • Potong doh bentuk bar dengan menggunakan pemotong biskut (tips – kalau doh jadi lembik dan melekat, sejukkan seketika dalam peti ais supaya senang nak terap lagi).
  • Susun biskut yang dah dipotong di atas dulang pembakar yang dah dialas, sejukkan sebentar dalam 20 minti sebelum dibakar.
  • Tetapkan suhu oven kepada 300F, bakar sehingga biskut berwarna keemasan dalam 30 minit hingga 1 jam.
  • *** Sekiranya biskut telah pun masak tak sampai 30 minit – kurangkan suhu oven kepada 275F untuk membakar adunan yang seterusnya. Kalau biskut masak lebih dari 1 jam, tingkatkan suhu jadi 325F.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago