Churros (Spanish donuts)

Ranggup diluar dan lembut didlm. Sangat mudah dibuat. Anak2 pasti gemar

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Churros (Spanish donuts)

Ranggup diluar dan lembut didlm. Sangat mudah dibuat. Anak2 pasti gemar

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan gula perang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu makan mentega (suhu bilik)
  • 1 cawan tepung gandum (campur dengan 1/s sudu kecil baking powder – ikut suka)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 cawan gula castor atau icing sugar
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Minyak sayur/ canola/ sunflower utk mengoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali yg sesuai utk deep-fry. Perlu byk minyak dan pastikan minyak betul-betul panas.
  • dalam bekas lain – sediakan campuran caster sugar atau icing sugar digaul rata dengan serbuk kulit kayu manis. Ketepikan.
  • Sediakan kuali berasingan, masukkan air, gula perang, garam dan mentega. Gaulkan sampai mentega cair dan air mula mendidih.
  • Jauhkan dari stove dan masukkan tepung. gaul sampai sebati (rupa dia seakan mash potato.
  • Pukul telur dan esen vanilla dlm bekas lain. kemudian masukkan ke dlm adunan tepung. gaul sampai sebati.
  • Masukkan adunan kedlm piping bag yg sudah dipasang star nozzle #21. kalau tak da nozzle boleh potong permukaan piping bag agar adunan keluar kemas dan sekata.
  • Pastikan minyak betul-betul panas dan pipe adunan dgn piping bag sepanjang 10cm. Goreng selama 1-2 minit atau hingga bertukar kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan dlm bekas beralas paper towel. Kemudian celup dlm adunan icing sugar bercampur serbuk kayu manis.
  • Ulang langkah yang sama dan pastikan minyak sentiasa panas.
  • Boleh dimakan begitu sahaja atau cecah dgn choc panas (cairkan 200gm dark choc dgn 250gm susu UHT). Cecah dgn coklat nutella pun sedap.
  • Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago