Choc Chip Scones

Sejenis roti. Senang dibuat.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Choc Chip Scones

Sejenis roti. Senang dibuat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung roti atau tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil ‘baking soda’
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan mentega (disejukkan, pastikan tidak cair)
  • 1/2 cawan coklat cip
  • 1 telur (dipukul)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Aising:
  • 1 cawan gula aising (diayak)
  • 1/4 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar susu segar (sediakan lebih sekiranya aising cair!)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven ke 190’C. Campurkan tepung, gula, serbuk penaik, soda dan garam dalam 1 mangkuk. Gaul biar rata. Masukkan mentega yang dipotong-potong, gaul biar rata. kemudian, masukkan coklat cip.
  • Dalam mangkuk lain, campur telur dengan susu. Kemudian masukkan campuran ni ke dalam mangkuk di (langkah 1). Kacau sampai lembut sedikit. Jadikan bentuk bola (doh).
  • Letak doh di atas permukaan yang dah diletak sedikit tepung. Uli doh dalam 12-15 kali sehingga lembut. Kemudian canai sampai ketebalan dia jadi 1-1.5cm. Guna penerap bulat dan terapkan doh dalam diameter lebih kurang 6-6.5 cm. Tak pun potong bentuk segitiga.
  • Susun doh yang dah terap tu di atas kertas masakan yang dah digris. Pastikan jarak antara doh tu 1 inci (sebab nanti ia nak jadi lagi besar). Bakar dalam 15-18 minit. Bila dah siap, sejukkan dulu dalam 5 minit.
  • Cara-cara nak buat aising:
    Campur gula aising, vanila. Kemudian masukkan 1 sudu besar susu. Kacau. Lepas tu tambah lagi susu (1 sudu kecil setiap tambahan) sampai agak-agak tak cair sangat atau pekat sangat. Kemudian, lalukan atas ‘scones’ tu.
  • **kalau taknak aising, boleh je makan dengan Nutella**
  • **Sebelum bakar ‘scones’, boleh jugak sapu telur yang dah pukul kat atas ‘scones’ tu supaya ‘scones’ tu jadi berkilat sikit**

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago