Pukul butter dan gula perang hingga berkrim, masukkan esen vanila dan telur, pukul hingga bergaul rata.
Masukkan tepung gandum, emplex, baking powder serta garam yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
selepas itu masukkan coklat chip dan gaul hingga rata.Rehatkan doh selama 15-20 minit.
Ambil 1/2 Tsp adunan dan susun di dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Jarakkan biskut 5cm antara yang lain kerana biskut ini mengembang.
Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.