Chinese Style Lemon Chicken

best makan dengan nasi ayam..
:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chinese Style Lemon Chicken

best makan dengan nasi ayam..
:)

BAHAN-BAHAN

  • 10 strips boneless chicken fillet/breast (dipotong 1″)
  • Bahan Marinade:
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Batter:
  • 1 biji telur (saiz besar)
  • 1/4 cup tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada putih
  • Bahan Sos:
  • 1/3 cup gula
  • 1 cup stok ayam (pakai kiub Knorr je) anggaran 1/2 kiub bercampur air
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 biji lemon (diambil jusnya sahaja)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Pewarna kuning (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula, marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap cair dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi la.
  • Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam kedalam adunan sebelum menggoreng.
    Tapi untuk ayam lebih crispy, saya selalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung(dry) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
  • Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna boleh diletakkan sekarang
  • Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear (tidak keruh)

    *kalau tak cukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon

  • Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
  • *kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bwg putih dan bwg merah sehingga lumat , tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok. ganti air masak nasi dengan stok ayam ini (lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa) dan masak atas rice cooker.siap!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago