resipi ibu ku..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Fillet Sweet and Sour

resipi ibu ku..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A
  • 1 inci halia (ditumbuk)-perap bersama ayam
  • 2 ulas bwg putih (ditumbuk) – perap bersama ayam
  • 4 sb tepung gandum
  • 1 sk black pepper
  • secubit garam
  • 2 biji telur
  • minyak utk menggoreng
  • BAHAN B
  • 2 ulas bwg putih (ditumbuk)
  • 1 labu bwg bsr (dihiris)
  • sos cili
  • sos tomato
  • telur (dipukul)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
CARA PENYEDIAAN
  • untuk sediakan bahan A, mula-mula tumbuk halia dan bwg putih bersama. kemudian gaulkan pada isi ayam tadi. biarkan dlm setengah jam.
  • sementara itu, amek tepung, black pepper & garam secukupnyer. jgn byk sgt sebab nanti kita buat kuah dah masin.. gaul sebati. pada bekas yang lain, pukul telur.
  • panaskan minyak. gaulkan isi ayam yang telah diperap dan gaulkan dalam campuran tepung. setelah isi ayam telah dibaluti dengan tepung, celup pula ke dalam telur. goreng dalam kuali yang panas.
  • angkat bila sudah kekuningan. bila sudah goreng semuanya, ketepikan.
  • kemudian, buat bahan2 B. tumbuk halia & bawang putih. masukkan lebih kurang 3 sk minyak dalam kuali dan panaskan.
  • tumis bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau.
  • masukkan sos tomato & sos cili. sape2 suka pedas leh lebihkan sos cili atau cili padi. sape suka kuah banyak, masukkan air.
  • masukkan garam dan gula secukup rasa. gaul dan biarkan kuahnya sedikit pekat
  • setelah kuahnya pekat, masukkan ayam yang telah digoreng bersama tepung tadi. gaul sebati.
  • kemudian, masukkan telur yang telah dipukul. curahkan telur tadi. tutup api, baru kacau. tp jgn kacau acap sangat. sikit jer..nanti texture telur jadi hancur sangat and tak cantik. siap untuk dimakan dengan nasi panas2. best!! selamat mencuba!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN