mudah disediakan. ubahsuai resepi drpd rakan2 myr yg lain…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Chop Simple

mudah disediakan. ubahsuai resepi drpd rakan2 myr yg lain…

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping ayam boneless (peha)
  • minyak masak goreng terendam
  • Bahan perap:
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih / 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam dan putih
  • 1 sudu kecil garam
  • Tepung untuk menggoreng:
  • 6 sudu besar breadcrumb
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • Bahan sos black pepper:
  • 3/4 cawan air
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 1/2 sudu besar lada hitam biji
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh
  • garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • potong sekeping ayam kepada 2 bahagian (atau tak payah potong. ikut suka masing-masing). bersihkan ayam.
  • campurkan kesemua bahan perap dengan ayam dan perap sekurang-kurangya 3 jam. seeloknya semalaman.
  • campurkan kesemua bahan tepung untuk menggoreng kecuali telur.
  • pecahkan telur dan pukul sedikit. celupkan ayam yang telah diperap ke dalam telur.
  • kemudian gaulkan ayam tadi dengan tepung untuk menggoreng.
  • goreng ayam dalam minyak terendam sehingga masak (coklat kekuningan). tuangkan sos black pepper ke atas ayam dan hidangkan.
  • SOS BLACK PEPPER:
    tumiskan bawang putih dengan butter sehingga wangi. masukkan bawang besar dan lada hitam biji yang telah dikisar. tumis lagi sehingga pecah minyak. masukkan sos tiram, kicap pekat, kiub ayam, air dan tepung jagung. masak sehingga kuah pekat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN