Cheesy Blueberry Cheese Cake

Dapat resipi dari kawan, buat hari ni sempena ulangtahun perkahwinan ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheesy Blueberry Cheese Cake

Dapat resipi dari kawan, buat hari ni sempena ulangtahun perkahwinan ;)

BAHAN-BAHAN

  • 100gm biskut Digestive (hancurkan)
  • 60gm mentega (dicairkan)
  • BAHAN A:
  • 350gm krim keju Philladelphia
  • 80gm mentega
  • BAHAN B:
  • 180gm krim segar
  • 4 biji kuning telur
  • 15gm tepung halus
  • 15gm tepung jagung
  • BAHAN C:
  • 180gm gula kastor
  • 4 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh krim tartar
  • BAHAN D:
  • 2 sudu besar inti/jem beri biru (‘blueberry’)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan biskut dan mentega. Ramas hingga sebati dan padatkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu. Gunakan loyang yang boleh dibuka bahagian bawahnya. Ketepikan.
  • Pukul bahan C hingga menjadi meringue. Ketepikan.
  • Putar bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan bahan B mengikut urutan.
  • Perlahan-lahan masukkan meringue ke dalam adunan tadi (no.3) dan kaup balikkan perlahan-lahan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Masukkan inti/jem dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang biskut tadi. Stim/bakar kek ini selama 90 minit dengan suhu 170 darjah. Balut loyang dengan kertas timah supaya tidak dimasuki air.
  • Setelah masak, biarkan kek dalam oven selama 1 jam sebelum dikeluarkan. Kemudian sejukkan kek ini dalam peti sejuk. Kek ini sedap dimakan apabila sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago