Cheese Omelette

Omelette ini sangat sedap..percayalah. Hentamlah sendiri mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada. Buat sekali mesti nak buat lagi..percayalah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cheese Omelette

Omelette ini sangat sedap..percayalah. Hentamlah sendiri mengikut kesesuaian bahan-bahan yang ada. Buat sekali mesti nak buat lagi..percayalah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A –
  • ? Cendawan Butang 1 biji (potong ikut selera-kecik atau besaq)
  • ? Tomato (potong dadu)
  • ? Ayam (sikit je)(goreng kemudian potong kecil-kecil)
  • Bahan B –
  • ? Telur 2 biji
  • ? Cili Merah & Hijau (ikut naluri berapa banyak)
  • ? Bawang potong dadu (ikut naluri jugak..)
  • ? Black Pepper (serbuk) secukupnya
  • ? Cukup Rasa secukupnya (kalau xada bleh guna cam biasa iaitu garam dan pak aji)
  • ? Sedikit Mayonnaise
  • ? Sekeping Cheese (ikut naluri nak potong macam mana)
  • ? Sos Cili (jika mahu)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan B kecuali CHEESE dan SOS. Gaul sebati.
  • Gorengkan bahan A dan ketepikan.
  • Dengan api yang sederhana, setelah minyak telah panas, masukkan bahan B ke dalam non stick pan.
  • Kemudian, letakkan bahan A ke atas bahan B. (*tujuan diasingkan bahan A dan B tadi ialah ayam dan cendawan mengambil masa lebih sedikit untuk masak jadi jika dimasak sekali dengan bahan B kemungkinan bahan B akan hangus…)
  • Masukkan cheese
  • Masukkan juga sos cili jika mahu. Kemudian, apabila bahagian bawah dilihat warnanya semakin perang dan bahagian atas juga sudah masak, bolehlah digulungkan dengan skill anda yang heybadd menggunakan spatula. (INGAT!-anda tidak perlu mengalihkan omelette~bawah ke atas..nanti jahanam..nangis plak)
  • Jika anda tidak memasukkan sos ke dalam omelette, anda bolehlah meletakkan sos secukupnya di atas omelette itu!. Camni haa~
  • Tada!!~siap (potong kalau mau)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago