Char Kuetiau Pulau Jerjak

Resipi pakcik…ada di kafe.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Char Kuetiau Pulau Jerjak

Resipi pakcik…ada di kafe.

BAHAN-BAHAN

  • 600g kuetiau
  • 1 cawan kerang (rebus dan kupas)
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • Segenggam tauge
  • Segenggam daun kucai
  • 2 biji telur
  • Bahan Kicap:
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 tangkai cili kering (kisar)
  • 10 ekor udang (buang kulit dan rebus)
  • 8 sudu besar kicap
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, MSG dan gula secukup rasa
  • Bahan Tumis:
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar semua bahan-bahan kicap dengan air rebusan udang hingga lumat. Masakkan di atas api kecil hingga masak. Jangan terlalu pekat. Jika pekat tambah air.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
  • Bila udang kemerahan, masukkan bahan-bahan kicap yang telah dikisar dan dimasak terlebih dahulu tadi. Jangan terlalu banyak. Ikut citarasa anda sama ada banyak atau sikit kerana bahan kicap ini boleh diguna banyak kali.
  • Masukkan kuetiau. Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja. Masukkan pula telur. Kacau rata.
  • Masukkan kerang, tauge dah kucai. Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
  • Angkat dan hidang panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago