Cendawan Szechuan

Masakan ala cina resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cendawan Szechuan

Masakan ala cina resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket cendawan tiram
  • 3 ulas bawang putih
  • setengah biji capsicum merah dan kuning
  • 1 sk tepung jagung
  • minyak bijan untuk menumis
  • 2 ulas bawang ros merah
  • 3 tangkai cili kering – digoreng sebentar dan dipotong 1 inci atau ikut suka
  • bahan tambahan (kalau suka): 1/2 biji bwg besar – dipotong 6, 3 s/m gajus, 2 sk bijan yg sudah disangrai.
  • 3 s/m sos tiram
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan cendawan dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih dan merah samada yang dihiris sahaja, ditumbuk atau dicincang (ikut suka).
  • Masukkan cendawan dan sos tiram dan renehkan sebentar.
  • Masukkan capsicum merah dan kuning serta cili kering. Gaulkan sebati. Kalau suka boleh masukkan gajus dan bawang besar.
  • Tuangkan bancuhan tepung jagung untuk lebih pekat. Sesuaikan rasa dan angkat. Taburkan di atasnya dengan bijan yang telah disangrai.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago