Project Description

Resepi sendiri, simple dan sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cendawan dan Kacang Buncis Goreng Sos Tiram

Resepi sendiri, simple dan sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 8 biji cendawan butang (dipotong ikut suka)
  • Segenggam kacang buncis (dipotong serong)
  • 1/2 biji lada benggala merah (dipotong panjang)
  • 2 biji bawang besar (dihiris besar2)
  • 3 biji bawang putih (dihiris halus)
  • 2 sudu teh @ 1 kiub pati ikan bilis
  • Beberapa ekor ikan bilis (optional)
  • 3 sudu sos tiram (ikut selera)
  • 1 sk serbuk lada
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih & ikan bilis. Biarkan sebentar hingga naik bau.
  • Masukkan pati ikan bilis. (Jika pakai kiub hancurkan terlebih dahulu). Tambah sedikit air.
  • Masukkan cendawan dan kacang buncis. Biarkan seketika. Pastikan sayuran tidak dimasak terlalu lama.
  • Masukkan sos tiram dan serbuk lada. Kacau sebentar.
  • Akhir sekali masukkan lada benggala dan garam secukup rasa. (Jangan letak garam terlalu banyak sebab pati ikan bilis dah sedia masin)
  • Sedia dihidang. Kuah resepi ini memang dibuat agak kering. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi dan lauk utama yang lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.